Halaman

Sunday, 28 September 2014

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda.

Saturday, 13 September 2014

Petua Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Kebanyakan wanita bertudung menghadapi masalah gatal kulit kepala, rambut mudah rosak dan tidak bersinar. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Adakah tidak perlu memakai tudung mengatasi masalah ini? TIDAK!! Kerana bertudung adalah salah satu perkara yang dilakukan dalam mematuhi perintah Allah dalam menutup aurat.

Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun bunga raya. Tak kiralah bunga raya merah ke.. putih ke.. kuning ke.. asalkan bunga raya sahaja. Daun tadi basahkan dan ramas-ramas sampai macam ada macam lendir sikit lepastu ramaskan bersama dengan rambut anda.

InsyaAllah rambut anda akan kembali bermaya, wangi dan berseri.

Lelaki pun boleh cuba.

Selamat mencuba!

Friday, 5 September 2014

Rugi Tak Solat Isyak, Subuh Berjemaah

Dari Uthman Bin Affan RA, Nabi SAW bersabda : "Siapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang malam. " (Riwayat Muslim)