Halaman

Wednesday 4 February 2015

Bercucuk Tanam... Pertanian itu indah


Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ” Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. ” Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri."

Dalam hadis riwayat Muslim yang lain menyebut, ertinya: ” Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.”

Sunday 1 February 2015

Pelajar pondok ditemui lemas di Kuala Nerus


Seorang remaja yang dilaporkan hilang lewat petang semalam ketika mandi sungai bersama dua lagi rakannya di Kampung Tuan Mandak, di sini, ditemui lemas hari ini.

Mayat Ahmad Khairul Azmi Mahyuddin, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Pondok Kampung Bukit Jong di Tepoh dekat sini ditemui oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata mayat remaja yang berasal dari Kampung Felda Belara, Manir dijumpai di dasar Sungai Manir kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Mari kita sedekahkan Al-Fatehah buat arwah. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Allah