Halaman

Sunday 23 August 2015

Tazkirah Duit dan Pahala

Hujan sedang rintik-rintik di luar sana...Nikmat Allah turunkan buat kita

Penceramah kursus Safety & Health memulakan kelas dengan sedikit tazkirah ringkas...

Apa yang kita lakukan hari ini..apa yang kita usahakan hari ini..akan menghasilkan 2 perkara iaitu 'duit' atau 'pahala' atau kedua-duanya..

Duit memang penting kepada kita pada masakini..pahala juga penting buat kita sebagai bekalan di kemudian hari..

Dalam melakukan apa-apa perkara..keuntungan memang di cari..tetapi keuntungan semata-mata, untung yang berlebihan tidak menjamin kehidupan yang sejahtera...

Kehidupan sebagai orang yang kaya lebih banyak dugaan dan cabaran berbanding orang yang tidak kaya. Jika dilihat kebanyakan penghuni neraka ialah orang yang kaya manakala penghuni syurga ialah orang yang miskin

Jadi..jika anda menjadi Safety Officer yang dikhabarkan gajinya agak menggoda...maka janganlah anda bekerja kerana gaji itu semata-mata namun tanamkanlah sifat di mana anda mahu membantu agar rakan-rakan sekerja dan yang ada disekeliling berada dalam keadaan selamat...InsyaAllah ada pahala untuk anda...

Ingatlah... bukan semua perniagaan menjadi duit semata-mata, kadangkala ianya menjadi pahala...