Halaman

Sunday, 1 February 2015

Pelajar pondok ditemui lemas di Kuala Nerus


Seorang remaja yang dilaporkan hilang lewat petang semalam ketika mandi sungai bersama dua lagi rakannya di Kampung Tuan Mandak, di sini, ditemui lemas hari ini.

Mayat Ahmad Khairul Azmi Mahyuddin, 18, yang merupakan pelajar Sekolah Pondok Kampung Bukit Jong di Tepoh dekat sini ditemui oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba Daerah Kuala Terengganu Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata mayat remaja yang berasal dari Kampung Felda Belara, Manir dijumpai di dasar Sungai Manir kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Mari kita sedekahkan Al-Fatehah buat arwah. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Allah

Saturday, 31 January 2015

Harga RON 95 & RON 97 Terkini Februari 2015

Harga terkini RON 95 & RON 97 bermula 01 February 2015 melihatkan penurunan daripada harga Januari 2015.

RON 95 RM1.70 (Jan 15 RM1.91)

RON 97 RM2.00 (Jan 15 RM2.11)

Wednesday, 21 January 2015

Makna Bacaan Dalam Sembahyang

Makna Bacaan Dalam Sembahyang


Wednesday, 7 January 2015

Doa Pelajar, Ibu-Bapa, Guru-Guru

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa
Ampunilah Dosa Kedua Ibu Bapa Kami
Dosa Guru-Guru Kami
Dan Dosa-Dosa Kami

Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah Kami Orang Yang Mematuhi Segala SuruhanMu
Dan Menjauhi Segala LaranganMu
Dorongkanlah Ya Allah
Yang Memperkenankan Segala Permintaan

Monday, 24 November 2014

Apa milik kita

Apa milik kita?
Kita tidak memiliki apa-apa...

Tiada apa-apa?
Semua hanya pinjaman semata-mata

Pinjaman semata?
Aplikasikannya sehabik baik

Kerana semua yang ada pada kita adalah..
Pinjaman dari Allah buat sementara..

Prop. Eku

Saturday, 25 October 2014

Pesan Bilal Khutbah Jumaat

Tok bilal pesan pada sebelum menunaikan solat Jumaat.Ketika khatib naik ke atas mimbar dan membaca khutbahnya kita sekalian hendaklah diam dan mendengarkan isi kandungan khutbahnya. Barang siapa berkata-kata ketika khatib sedang membaca khutbah, maka sesumgguhnya sia-sia lah solat Jumaat nya

Thursday, 9 October 2014

MISI Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP)

Menjadi sebuah institusi terbaik yang mampu melahirkan ahli sains, teknokrat dan professional yang cemerlang, berilmu dan bertaqwa dengan keperibadian mulia, sahsiah yang mampan, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme serta tubuh dan minda yang cergas dan cerdas yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara....