Jiwa ini umpama pakaian...ia akan kotor pabila digunakan...maka, sucikanlah ia agar sentiasa bersih
Friday, 19 July 2013
Solat Terawih
Solat Terawih....hanya wujud dalam bulan Ramadhan. Tiada di bulan-bulan yang lain. Selain Solat Sunat Hari Raya, Solat Terawih dituntut dikerjakan secara berjemaah. Bagaimanapun ianya boleh juga dikerjakan secara individu. Waktunya bermula selepas solat Isyak sehinggalah ke waktu sahur........
Monday, 1 July 2013
Ganjaran Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
Dari Uthman Bin Affan RA, Nabi SAW bersabda : "Siapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang malam. " (Riwayat Muslim)
Monday, 29 April 2013
Hot di Bangi : Car Boot Sales Seksyen 9 BBB
Bangi: Program jualan amal 'Car Boot Sales’ anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung termasuk 25 kereta yang mengambil bahagian sebagai peserta.
Pengurus Kedai Amal IRM Datin Norelan Ismail berkata, acara yang diadakan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini pada Ahad terakhir setiap bulan, menjadi lokasi strategik orang ramai membeli barang terpakai.
“Hari ini (semalam) adalah kali kedua ia diadakan selepas bulan lalu. Sambutan yang positif ini menunjukkan ramai pengunjung yang masih berminat membeli barang terpakai,” katanya di sini, semalam.
“Kami berhasrat menjadikan acara ini sebagai satu budaya yang menggalakkan orang ramai berbelanja secara berhemah dengan membeli barang terpakai,” katanya.
Norelan berkata, acara ini bermatlamat membantu pelbagai lapisan masyarakat bersama menjual barang terpakai dan menarik minat pengunjung datang membeli.
“IRM turut melakukan kerja amal apabila yuran sewa tapak RM25 yang dikenakan pada peserta disumbangkan kepada tabung kami untuk digunakan dalam program amal lain pada masa hadapan,” katanya.
Program bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, dan antara barang terpakai yang dijual ialah buku, pakaian, kasut, pinggan, mainan kanak-kanak dan basikal.
Katanya, IRM mempunyai matlamat mahu mengembangkan acara yang sama di negeri lain jika mendapat kerjasama pihak berkaitan.
“Jika ada pihak lain yang ingin bekerjasama, kami sudi datang ke tempat mereka. Pada Februari lalu, kami turut mengadakan program ‘Pre-love Coffee Morning’ iaitu aktiviti bersama Alam Flora yang memberi peluang pada orang ramai menyampaikan sumbangan barang terpakai seperti akhbar, botol dan plastik.
“Seperti mana program Car Boot Sales, acara ini menjadi aktiviti riadah untuk seisi keluarga berkumpul sama. Malah, program ini akan diteruskan pada pada November nanti,” katanya.
Cerita dan gambar dari Hmetro
Friday, 26 April 2013
Mengenali Logo HALAL yang betul
Ini ciri-ciri yang ada pada Logo HALAL Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN
- bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
- dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Tuesday, 19 March 2013
Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis
“Rosulullah bertanya kepada iblis, Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar.”
“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”
“Jika seorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”
“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah diatas api.”
“Jika ia bersedekah?”
“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa bisa begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang di jalan Allah.”
“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang yang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar di waktu siang dan malam.”
“Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
“Sedekah yang diam – diam.”
“Apa yang dapat menusuk matamu?”
“Shalat fajar.”
“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Shalat berjamaah.”
“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majelis para ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Dimanakah kau menaungi anak – anakmu di musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”
Tuesday, 12 March 2013
Jangan mencela orang yang mati
Dari Aisyah RH, Nabi SAW bersabda : "Janganlah kamu mencela orang yang telah meninggal (mati), sesungguhnya balasan amalan mereka telah disampaikan." (Riwayat Bukhari)
Tuesday, 12 February 2013
Apa maksud Halal ?
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
- bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau
benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak
memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
- tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
- tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
- tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Dipetik dari sumber: www.halal.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)