Halaman

Sunday, 28 September 2014

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda.

Saturday, 13 September 2014

Petua Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Kebanyakan wanita bertudung menghadapi masalah gatal kulit kepala, rambut mudah rosak dan tidak bersinar. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Adakah tidak perlu memakai tudung mengatasi masalah ini? TIDAK!! Kerana bertudung adalah salah satu perkara yang dilakukan dalam mematuhi perintah Allah dalam menutup aurat.

Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun bunga raya. Tak kiralah bunga raya merah ke.. putih ke.. kuning ke.. asalkan bunga raya sahaja. Daun tadi basahkan dan ramas-ramas sampai macam ada macam lendir sikit lepastu ramaskan bersama dengan rambut anda.

InsyaAllah rambut anda akan kembali bermaya, wangi dan berseri.

Lelaki pun boleh cuba.

Selamat mencuba!

Friday, 5 September 2014

Rugi Tak Solat Isyak, Subuh Berjemaah

Dari Uthman Bin Affan RA, Nabi SAW bersabda : "Siapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang malam. " (Riwayat Muslim)

Monday, 18 August 2014

Doa Nabi Musa Agar Selamat Dari Orang Yang Zalim

Maksud Ayat:

"Wahai Tukan ku, selamatkanlah daku daripada kaumyang zalim"  (Surah Al-Qasas ayat 21)

Thursday, 7 August 2014

Dari Kerana Mata...

 Salah satu daripada nikmat kurniaan Allah SWT ialah nikmat mata.


Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu ramah menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Setiap waktu kucinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujamu rayu seorang
Lepaskan aku dari impian

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Bait-bait lirik lagu klasik dendangan R. Azmi. Syukuri Nikmat mata yang diperolehi...

Saturday, 26 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat tinggal Ramadhan 1435H... Semoga Allah menemukan kita kembali...

Selamat menyambut Hari Raya Aldilfitri sidang pembaca blog ku sekalian..sahabat-sahabat dimana jua anda berada...

Mohon Maaf Zaher & Baten.... Barilaan sabarataan.... Njalok ngapuro seng akeh-akeh....

Tuesday, 8 July 2014

Doa dapat zuriat

Doa Nabi Zakaria Agar mendapat zuriat:

Maksud ayat : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi (Surah al-Anbiya' ayat 89)