Apa milik kita?
Kita tidak memiliki apa-apa...
Tiada apa-apa?
Semua hanya pinjaman semata-mata
Pinjaman semata?
Aplikasikannya sehabik baik
Kerana semua yang ada pada kita adalah..
Pinjaman dari Allah buat sementara..
Prop. Eku
Jiwa ini umpama pakaian...ia akan kotor pabila digunakan...maka, sucikanlah ia agar sentiasa bersih
Monday, 24 November 2014
Saturday, 25 October 2014
Pesan Bilal Khutbah Jumaat
Tok bilal pesan pada sebelum menunaikan solat Jumaat.Ketika khatib naik ke atas mimbar dan membaca khutbahnya kita sekalian hendaklah diam dan mendengarkan isi kandungan khutbahnya. Barang siapa berkata-kata ketika khatib sedang membaca khutbah, maka sesumgguhnya sia-sia lah solat Jumaat nya
Thursday, 9 October 2014
MISI Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP)
Menjadi sebuah institusi terbaik yang mampu melahirkan ahli sains, teknokrat dan professional yang cemerlang, berilmu dan bertaqwa dengan keperibadian mulia, sahsiah yang mampan, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme serta tubuh dan minda yang cergas dan cerdas yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara....
Sunday, 28 September 2014
Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet
Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang
poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu
apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi
ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas
dompet dalam jangka masa panjang..
Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.
Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.
Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda.

Saturday, 13 September 2014
Petua Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Kebanyakan wanita bertudung menghadapi masalah gatal kulit kepala, rambut mudah rosak dan tidak bersinar. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Adakah tidak perlu memakai tudung mengatasi masalah ini? TIDAK!! Kerana bertudung adalah salah satu perkara yang dilakukan dalam mematuhi perintah Allah dalam menutup aurat.
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun bunga raya. Tak kiralah bunga raya merah ke.. putih ke.. kuning ke.. asalkan bunga raya sahaja. Daun tadi basahkan dan ramas-ramas sampai macam ada macam lendir sikit lepastu ramaskan bersama dengan rambut anda.
InsyaAllah rambut anda akan kembali bermaya, wangi dan berseri.
Lelaki pun boleh cuba.
Selamat mencuba!

Friday, 5 September 2014
Rugi Tak Solat Isyak, Subuh Berjemaah
Dari Uthman Bin
Affan RA, Nabi SAW bersabda : "Siapa yang menunaikan solat Isyak
berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail
separuh malam. Siapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, ia mendapat
ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang malam. " (Riwayat
Muslim)
Monday, 18 August 2014
Doa Nabi Musa Agar Selamat Dari Orang Yang Zalim
Maksud Ayat:
"Wahai Tukan ku, selamatkanlah daku daripada kaumyang zalim" (Surah Al-Qasas ayat 21)
"Wahai Tukan ku, selamatkanlah daku daripada kaumyang zalim" (Surah Al-Qasas ayat 21)
Subscribe to:
Posts (Atom)