Anda suka bertengkar? Bila bertengkar pastilah marah kan? Apa anda buat?
Dari Aisyah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh ALLAH ialah orang yang suka bertengkar." (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Dzar meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada kami : "Apabila marah salah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk. Jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring. " (Riwayat Abu Daud)
Jiwa ini umpama pakaian...ia akan kotor pabila digunakan...maka, sucikanlah ia agar sentiasa bersih
Monday, 21 January 2013
Tuesday, 15 January 2013
Besarnya kelebihan ibu...jangan durhaka
Dari Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah dan berkata : " Ya Rasulullah SAW ! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang sangat besar, adakah taubatku diterima ? Nabi SAW bertanya: " Adakah ibumu masih hidup lagi ? Dia menjawab; Tidak. Baginda SAW bertanya lagi: " Adakah makcikmu masih hidup lagi? Beliau berkata ; Ya. Nabi SAW bersabda : Berbuat baiklah terhadapnya (melaluinya ALLAH akan menerima taubatmu). " (Riwayat Tirmizi)
Sunday, 13 January 2013
Pahala dan Ujian
Dari Anas RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung kepada besarnya ujian dan penderitaan. Dan sesungguhnya apabila ALLAH mengasihi sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh itu, barangsiapa yang redhai ujian ALLAH, ALLAH juga akan meredhainya." (Riwayat Tarmizi)
Dari Zainab binti Jahsh RH berkata bahawa aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW : " Ya Rasulullah ! Adakah kami akan binasa, walaupun di dalam lingkungan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Baginda SAW telah bersabda : " Ya! Jika kejahatan berleluasa." (Riwayat Bukhari)
Dari Aisyah RH, meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda : " Seseorang muslim yang tercucuk duri atau apa sahaja kesusahan atau kesakitan yang seumpamanya akan dituliskan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu dosa." (Riwayat Muslim)
Thursday, 10 January 2013
Sembahyang
Daripada Ummi Farwah RH berkata : Rasulullah SAW telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan yang paling afdhal? Baginda SAW menjawab "Sembahyang di awal waktu." (Riwayat Abu Daud).
Firman ALLAH SWT : "Orang-orang munafik ini bila bangun untuk bersembahyang, maka mereka bangun dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia dan mereka terlalu kurang mengingati ALLAH." (Surah An Nisa' : 142)
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Sejahat-jahat
pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya:
Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada
menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada
menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.” (H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah)
Wednesday, 9 January 2013
Besarnya pahala memberi salam
Besarnya pahala memberi salam....Ada diantara kita yang masih alpadengan kelebihan memberi salam ini. Apabila bertembung, bersua muka hanya diam seribu kata....
Dari Abu Umamah R.A, Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi ALLAH ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara kalian)." (Riwayat Abu Daud).
Jadi, lepas ini marilah kita berlumba-lumba untuk terdahulu memberi salam kepada oarang lain.

Monday, 7 January 2013
Pembunuh nombor satu : Kenser apa ye?
Korang tau kenser apa pembunuh utama? Meh sini aku bagitau korang
Haaa.....zaman dah semakin maju. Maka kenser pun dah semakin maju juga. Pada masa ini, kenser rahim, kenser payudara, kenser tulang, kenser hidung bukanlah penyakit nombor satu lagi. Kenser-kenser ini terpaksa melepaskan gelaran pembunuh nombor satu kepada kenser lain. Bahagian kesihatan menyatakan bahawa kenser usus merupakan penyakit dan pembunuh nombor satu masakini.
Usus merupakan organ utama dalam perut manusia yang membawa segala bahan yang dimakan dan yang hendak dikeluarkan dari badan. Panjang usus ni hampir 5-6 kali ganda ketinggian seseorang. Secara purata panjang usus dalam lingkungan 20 kaki. Hah, bayangkan la sendiri.
Makanan merupakan punca paling utama dalam menyebabkan kenser usus. Apa tidaknya, ada perisa itu, perisa ini, makan pedas sangat, gula banyak sangat, gas banyak, junk food dan macam-macam lagi laa...
Dari itu, berjaga-jagalah kita dalam menjaga usus serta kesihatan kita. Yelah, kalau usus tu kat luar, dan kita bleh nampak memang la senang nak tau elok ke idak....
Aku: Memang segala penyakit berpunca dari perut

Subscribe to:
Posts (Atom)