Jiwa ini umpama pakaian...ia akan kotor pabila digunakan...maka, sucikanlah ia agar sentiasa bersih
Sunday, 13 January 2013
Pahala dan Ujian
Dari Anas RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung kepada besarnya ujian dan penderitaan. Dan sesungguhnya apabila ALLAH mengasihi sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh itu, barangsiapa yang redhai ujian ALLAH, ALLAH juga akan meredhainya." (Riwayat Tarmizi)
Dari Zainab binti Jahsh RH berkata bahawa aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW : " Ya Rasulullah ! Adakah kami akan binasa, walaupun di dalam lingkungan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Baginda SAW telah bersabda : " Ya! Jika kejahatan berleluasa." (Riwayat Bukhari)
Dari Aisyah RH, meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda : " Seseorang muslim yang tercucuk duri atau apa sahaja kesusahan atau kesakitan yang seumpamanya akan dituliskan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu dosa." (Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment