Halaman

Monday, 24 November 2014

Apa milik kita

Apa milik kita?
Kita tidak memiliki apa-apa...

Tiada apa-apa?
Semua hanya pinjaman semata-mata

Pinjaman semata?
Aplikasikannya sehabik baik

Kerana semua yang ada pada kita adalah..
Pinjaman dari Allah buat sementara..

Prop. Eku

Saturday, 25 October 2014

Pesan Bilal Khutbah Jumaat

Tok bilal pesan pada sebelum menunaikan solat Jumaat.Ketika khatib naik ke atas mimbar dan membaca khutbahnya kita sekalian hendaklah diam dan mendengarkan isi kandungan khutbahnya. Barang siapa berkata-kata ketika khatib sedang membaca khutbah, maka sesumgguhnya sia-sia lah solat Jumaat nya

Thursday, 9 October 2014

MISI Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP)

Menjadi sebuah institusi terbaik yang mampu melahirkan ahli sains, teknokrat dan professional yang cemerlang, berilmu dan bertaqwa dengan keperibadian mulia, sahsiah yang mampan, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme serta tubuh dan minda yang cergas dan cerdas yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara....

Sunday, 28 September 2014

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.



Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda.

Saturday, 13 September 2014

Petua Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Kebanyakan wanita bertudung menghadapi masalah gatal kulit kepala, rambut mudah rosak dan tidak bersinar. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Adakah tidak perlu memakai tudung mengatasi masalah ini? TIDAK!! Kerana bertudung adalah salah satu perkara yang dilakukan dalam mematuhi perintah Allah dalam menutup aurat.

Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun bunga raya. Tak kiralah bunga raya merah ke.. putih ke.. kuning ke.. asalkan bunga raya sahaja. Daun tadi basahkan dan ramas-ramas sampai macam ada macam lendir sikit lepastu ramaskan bersama dengan rambut anda.

InsyaAllah rambut anda akan kembali bermaya, wangi dan berseri.

Lelaki pun boleh cuba.

Selamat mencuba!

Friday, 5 September 2014

Rugi Tak Solat Isyak, Subuh Berjemaah

Dari Uthman Bin Affan RA, Nabi SAW bersabda : "Siapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang malam. " (Riwayat Muslim)

Monday, 18 August 2014

Doa Nabi Musa Agar Selamat Dari Orang Yang Zalim

Maksud Ayat:

"Wahai Tukan ku, selamatkanlah daku daripada kaumyang zalim"  (Surah Al-Qasas ayat 21)

Thursday, 7 August 2014

Dari Kerana Mata...

 Salah satu daripada nikmat kurniaan Allah SWT ialah nikmat mata.


Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu ramah menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Setiap waktu kucinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujamu rayu seorang
Lepaskan aku dari impian

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa…
Ohh… aku tergoda… Aku tergoda terkecewa...
Dari kerana mata...

Bait-bait lirik lagu klasik dendangan R. Azmi. Syukuri Nikmat mata yang diperolehi...

Saturday, 26 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat tinggal Ramadhan 1435H... Semoga Allah menemukan kita kembali...

Selamat menyambut Hari Raya Aldilfitri sidang pembaca blog ku sekalian..sahabat-sahabat dimana jua anda berada...

Mohon Maaf Zaher & Baten.... Barilaan sabarataan.... Njalok ngapuro seng akeh-akeh....

Tuesday, 8 July 2014

Doa dapat zuriat

Doa Nabi Zakaria Agar mendapat zuriat:

Maksud ayat : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi (Surah al-Anbiya' ayat 89)

Monday, 23 June 2014

Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa


1. Perkara-perkara sunat puasa:
  • membanyakkan membaca al-Quran
  • mandi junub sebelum fajar
  • melewatkan sahur waktu imsak 
  • berbuka dengan buah tamar dan benda manis
  • membanyakkan sedekah
  • solat terawih
  • segera berbuka bila masuk waktu


2. Perkara-perkara makruh puasa:
  • berkumur-kumur dengan keterlaluan
  • merasa makanan dengan lidah
  • bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  • memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  • gosok gigi setelah gelincir matahari
  • mencium isteri 
  • menderma darah


3. Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  • makan dan minum dengan sengaja
  • mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • keluar haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  • muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • melakukan persetubuhan
  • gila walaupun sebentar
  • murtad
  • berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


4. Perkara yang tidak membatalkan puasa:
  • Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  • Bersuntik
  • Tidur walaupun sepanjang hari
  • Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  • Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja



5. Hari-hari sunat puasa:
  • pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
  • pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
  • pada 10 Muharram (hari Asyura)
  • 6 hari pada bulan Syawal
  • Hari Isnin dan Khamis


6. Hari-hari diharamkan puasa:
  • Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
  • Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
  • Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

Friday, 20 June 2014

Apakah Kelebihan Bulan Sya'ban



Apakah Kelebihan Bulan Sya'ban?

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:


ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعب          


ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم



"Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda berpuasa dibulan Sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Sya'ban. Baginda SAW menjawab: “Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa”
(Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan Sya’ban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT.


Tuesday, 10 June 2014

Lirik Lagu Terbang Tunduk – Fynn Jamal

Lagi ni dicipta untuk Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Datuk Halim Othman (Red Bull Air Race Challenger - Pelumba udara pertama Malaysia). Lagu ini ditujukan khas untuk menaikkan semangat pelumba negara ini.... Dan juga kalau kita selami betul-betul...kita juga akan turut naik semangat...


Bertahanlah wahai raksa.. jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa.. ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata.. rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi


Jauhnya kau terbang.. siapa sangka?
Getir yang menghalang.. tak besar mana


Payah payah semalam
Moga mudah selama


Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu


[Khorus]

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.




Tuesday, 29 April 2014

Doa Sayidina Umar R.A ketika kemarau

Ketika menghadapi musim kemarau atau ditimpa bencana maka bacalah doa yang diambil dari ayat Al-Quran Juzuk 25 Surah Al-Syura ayat 28. Doanya seperti berikut :


Surah Al-Syura atay 28. Print-screen dari web ini


Abd. bin Hamid, Ibn Jarir dan Ibn Munzir meriwayatkan daripada Qatadah yang berkata, seorang lelaki bertemu dengan Amirul Mukminin, Sayidina Umar R.A serta memberitahu tentang kemarau yang melanda sehingga orang ramai telah berputus asa. Sayidina Umar R.A kemudian telah membacakan ayat dari Surah Al-Syura ayat 28 (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 28, Surah Al-Syura)

Wednesday, 12 February 2014

Lirik Ya Hanana Versi Melayu


Telah Terbitnya cahaya purnama
Menerangi malam gelita
Kelahiranmu Muhammad
Anugerah daripada ALLAH

Beruntunglah, Beruntunglah
Di utus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu
Dan dariNya wahyu untukmu

Terpisah bulan keranamu
Menggetarkan jiwa yang lesu
Umatmu menjadi kebangganmu
Terkenal serata dunia

Sungguh manis senyumanmu
Menawan hati yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu

Selawat salam ke atasmu
Dan jua para ahlimu
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi


Tuesday, 4 February 2014

Erti Al Fatihah - Voice Of Ummi


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat   


**Lirik Erti Al-Fatihah