Halaman

Monday, 23 June 2014

Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa


1. Perkara-perkara sunat puasa:
  • membanyakkan membaca al-Quran
  • mandi junub sebelum fajar
  • melewatkan sahur waktu imsak 
  • berbuka dengan buah tamar dan benda manis
  • membanyakkan sedekah
  • solat terawih
  • segera berbuka bila masuk waktu


2. Perkara-perkara makruh puasa:
  • berkumur-kumur dengan keterlaluan
  • merasa makanan dengan lidah
  • bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  • memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  • gosok gigi setelah gelincir matahari
  • mencium isteri 
  • menderma darah


3. Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  • makan dan minum dengan sengaja
  • mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • keluar haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  • muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • melakukan persetubuhan
  • gila walaupun sebentar
  • murtad
  • berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


4. Perkara yang tidak membatalkan puasa:
  • Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  • Bersuntik
  • Tidur walaupun sepanjang hari
  • Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  • Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja



5. Hari-hari sunat puasa:
  • pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
  • pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
  • pada 10 Muharram (hari Asyura)
  • 6 hari pada bulan Syawal
  • Hari Isnin dan Khamis


6. Hari-hari diharamkan puasa:
  • Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
  • Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
  • Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

No comments:

Post a Comment